MABA | Malaysia Basketball Association All National Community Basketball League 2019

National Community Basketball League 2019



Press Release by MVP Marketing Sdn Bhd:-

SIARAN MEDIA

HARI HARI NCBL 2019

Penyertaan Terbesar Dalam Liga Bola Keranjang Di Malaysia.

 

Kelab Bola Keranjang MVP akan menganjurkan Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan (National Community Basketball League (NCBL) bermula pada Januari 2019 hingga Mei 2019. Liga yang lebih dikenali dengan panggilan NCBL ini juga telah mendapat pengesahan dan sokongan daripada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) yang turut memberikan bantuan khidmat teknikal dan pengadil. NCBL 2019 akan dipertandingkan di Dewan Bola Keranjang SJK(c) Kwong Hon, Sungai Besi dan untuk perlawanan akhir setiap divisyen, ia akan jalankan di Stadium MABA, Kuala Lumpur.

 

Penaja utama NCBL 2018 adalah Pusat Pakaian Hari Hari Sdn Bhd, peneraju utama dalam indusri pakaian di Malaysia. Sejak 3 musim NCBL yang lepas Pusat Pakaian Hari Hari Sdn Bhd telah menjadi penaja utama NCBL.  Hari ini Pusat pakaian Hari Hari Sdn Bhd telah bersetuju untuk meneruskan penajaan selama 2 tahun lagi berjumlah RM60.000.00 bagi penganjuran NCBL 2019 dan 2020.

 

Penganjuran NCBL telah bermula sejak 2006 dengan matlamat utamanya untuk mengembang, mempromosi dan membangunkan sukan bola keranjang kepada belia Malaysia terutama dari kalangan belia bukan Cina. Ini kerana sukan ini amat sinonim di kalangan kaum Cina dan kurangnya penyertaan dari belia bukan Cina. Maka kami mengambil inisiatif melalui penganjuran NCBL ini untuk menggalakkan lebih ramai belia bukan Cina bergiat dan menyertai sukan ini dengan matlamat akhirnya untuk melahirkan pemain-pemain bertaraf antarabangsa yang boleh mewakili negara.

 

Penganjuran pertama NCBL hanya disertai oleh 8 buah pasukan sahaja. Namun dari tahun ke tahun pasukan yang mengambil bahagian terus bertambah sehinggalah untuk NCBL 2019 musim ke 13 ini sebanyak 110 pasukan telah pun mendaftarkan pasukan masing-masing. Ini merupakan bilangan penyertaan terbanyak sejak NCBL mula dianjurkan. Sebanyak 6 kategori yang di pertandingkan dalam NCBL 2019, iaitu untuk kategori lelaki dari Divisyen 1 hingga Divisyen 4 dan kategori lelaki veteran umur 40 tahun dan ke atas serta satu kategori untuk wanita. Mengikut pecahan kategori; Div 1 (8 pasukan), Div 2 (19 pasukan), Div 3 (41 pasukan), Div 4 (20 pasukan), Veteran (5), Wanita (17).

 

Hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM25,000 akan menjadi rebutan beserta dengan Piala Kejohanan, pingat dan barangan penaja. Sebagai penganjur kami amat menghargai dan berterima kasih kepada Pusat pakaian Hari Hari Sdn Bhd di atas kesudian untuk terus menjadi penaja utama NCBL. Ia merupakan sumbangan bermakna kepada pembangunan sukan bola keranjang di Malaysia. Semoga sokongan dan sumbangan sepeti ini akan berterusan untuk tahun-tahun mendatang.

 

Majulah Sukan Bola Keranjang Untuk Negara

 

Khairul Anuar Jailani

Pengerusi

Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan

(National Community Basketball League-NCBL)

Leave a Reply